Program sulam Dorm iCare STHEM & GO 2.0 perkukuhkan kelestarian dan pengurusan asrama pelajar maahad
Berita dan gambar oleh: Wadahtuledayah dan Maisara Mohd Zambri
SINTOK, 13 Jun 2026: Seramai 101 orang pelajar Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang telah menyertai program khidmat langsung yang dikenali sebagai “Dorm iCare & Go: Smart & Sustainability Intiative 2.0”.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) dianjurkan oleh 43 orang pelajar kursus GHOTK3043 Housekeeping dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Objektif program ini adalah untuk membangunkan emosi dan akhlak pelajar melalui pendekatan 3S iaitu Smart Thinking, Smart Living dan Smart Feeling. Hal ini bertujuan membentuk keseimbangan ilmu, kemahiran serta sahsiah pelajar di maahad tersebut.

Penasihat SULAM A252, Dr. Siti Aishah binti Edros menyatakan bahawa program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta Kemahiran pelajar dalam pengurusan yang sistematik selain dapat memupuk amalan kebersihan dan kelestarian dalam kehidupan seharian.
“Melalui program ini, pelajar UUM bukan sahaja dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, malah turut meyumbang kepada komuniti setempat selaras dengan matlamat SULAM. Program yang dianjurkan bagi melahirkan graduan yang berilmu, berkemahiran dan bertanggungjawab terhadap masyarakat,” katanya.
Peserta mengikuti slot pertama iaitu “RE-DORM Innovative & Elevate I” bersama jemputan khas yang berpengalaman iaitu Puan Junaidah binti Yusof, Room Division Manager, Hotel EDC UUM.

Melalui slot ini, Puan Junaidah memberikan pendedahan kepada pelajar maahad mengenai pengurusan diri, pembentukan pemikiran yang bijak serta kepentingan mewujudkan persekitaran bilik asrama yang teratur, kemas dan sistematik.
Sesi perkongsian ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang amalan pengurusan diri yang baik serta membentuk gaya hidup yang lebih produktif.
Seterusnya, program diteruskan ke slot yang kedua iaitu “RE-DORM Innovative & Elavate II” yang memfokuskan kepada dua aktiviti utama iaitu Tunas Warisan Legacy dan Arca Memorial Legacy. Slot ini dikendalikan oleh Dr. Norhafiza binti Md Sharif, Pensyarah Kanan di STHEM, UUM.
Melalui sesi ini, para peserta diberikan pendedahan kepada kepentingan kelestarian alam sekitar dan inovasi hijau dalam kehidupan seharian. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran pelajar terhadap amalan hijau dan tanggunjawab memelihara alam sekitar.

Program diteruskan lagi dengan slot yang ketiga, “The Digital Vision” melalui aktiviti utama iaitu “Digital Soul Canva”. Objektif slot ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan Kemahiran menghasilkan reka bentuk digital yang kreatif dan menarik menggunakan aplikasi Canva sebagai medium penyampaian idea dan mesej secara visual.
Program diakhiri dengan slot yang keempat, “The Hands-On Craft” yang mengetengahkan elemen kreativiti, inovasi dan kelestasrian melalui dua aktiviti utama iaitu “Green Step Project” dan “Hook and Earn”. Melaui aktiviti ini pelajar diajar untuk menghasilkan rak kasut serbaguna menggunakan buluh serta rantai kunci kreatif daripada bahan terpakai.
Muhammad Azril Abdul Rahim, Pengarah SULAM A252 menegaskan bahawa program ini bukan sahaja bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan diri, kretiviti dan kelestarian malah turut membentuk nilai disiplin, tanggungjawab dan keprihatinan terhadap alam sekitar.

“Melalui program ini, kami berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian serta menjadi individu yang lebih berdisiplin, kreatif dan peka terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar,” katanya.
Mudir Menengah Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Ustaz Muhammad Faiz bin Muhammad Ali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada STHEM, UUM atas pemilihan institusi tersebut sebagai lokasi pelaksanaan program.
“Pihak maahad berasa amat berbesar hati menerima kunjungan serta perkongsian ilmu daripada pelajar STHEM, UUM. Para pelajar maahad juga sangat menghargai pengalaman yang diperoleh sepanjang projam ini berlangsung” katanya. Beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan para pelajar terus memperoleh manfaat yang berterusan.

Majlis penutup turut diserikan dengan kehadiran Dr. Eshaby binti Mustafa, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), STHEM, UUM yang hadir bagi menyempurnakan majlis.
Keseluruhan daripada program “Dorm iCare &Go: Smart & Sustainability Iniative 2.0” bukan sekaar sebuah program SULAM, tetapi merupakan satu inisiatif dalam membentuk komuniti pelajar yang lebih berdisiplin, peka terhadap kelestarian, kreatif serta bertanggungjawab.
Program ini jelas membuktikan bahwa pendidikan berimpak tinggi mampu membawa suasana harmoni dalam masyarakat apabila pelajar universiti ‘turun padang’ dan berinteraksi secara lansung dengan komuniti.Harapan pada masa hadapan adalah untuk mengadakan satu program kolaborasi berterusan melalui Memorandum of Understanding (MOU) antara Dormicare STHEM dan Maahad Tahfiz.



