Campus

TNC (P&I) puas hati dengan pencapaian PKKPK, perkukuh kolaborasi masa depan

Gambar PKKPK

SINTOK, 11 Mac 2025: Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan (PKKPK) telah menerima lawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail dalam rangka lawatan kerja ke pusat tanggungjawab di bawah seliaan beliau bagi tahun 2025.

Lawatan ini disambut mesra oleh Pengarah PKKPK, Prof. Madya Dr. Narentheren Kaliappen bersama barisan staf PKKPK. Dalam sesi perbincangan, PKKPK membentangkan hala tuju, pencapaian semasa, serta perancangan strategik bagi tahun 2025.

Antara pencapaian utama PKKPK sepanjang tahun 2024 adalah pelancaran Case-Study Digitalized Repository (CDR) 2.0, penganjuran Su-Mahaleel Business Case Competition, serta kerjasama industri dengan Shell Malaysia dalam memperkasakan pelajar melalui latihan dan bengkel kajian kes.

Selain itu, PKKPK turut berjaya menganjurkan pelbagai bengkel kajian kes bersama institusi akademik dan agensi kerajaan, termasuk INTAN, INCEIF, dan Universitas Bangka Belitung (UBB) Indonesia, dalam usaha memperluaskan penggunaan pendekatan kajian kes dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dr. Narentheren berkata, bagi tahun 2025, PKKPK merancang untuk memperkukuhkan kolaborasi dengan sektor industri, termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pos Malaysia dalam penghasilan kajian kes industri. PKKPK juga sedang membangunkan Microcredential bersama UTLC, menerbitkan kajian kes khusus (customized) untuk latihan dalaman, serta memperluaskan program latihan kajian kes ke lebih banyak institusi dalam dan luar negara.

Di samping itu, PKKPK turut merancang penganjuran Forum bersama Protagonist Geran Kajian Kes di UUM, yang bertujuan menghubungkan akademia dan industri dalam memperkukuhkan penyelidikan serta aplikasi kajian kes dalam latihan profesional.

Dr. Russayani menzahirkan kepuasan terhadap pencapaian dan hala tuju PKKPK, serta menekankan kepentingan sinergi antara pusat ini dengan universiti dan sektor industri, selain turut mencadangkan beberapa strategi bagi memperkukuhkan keberhasilan PKKPK, termasuk memperluaskan model penjanaan kewangan melalui jualan kajian kes secara lebih meluas dan memperkenalkan lebih banyak latihan profesional yang disesuaikan dengan keperluan organisasi luar.

Sebagai tanda sokongan, beliau berharap PKKPK terus menjadi pemacu utama dalam memperkasa ekosistem kajian kes, serta menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan pembangunan kepimpinan di UUM, peringkat nasional, dan global. – Nur Amirah Zakaria

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button