Education

MIDA himpun wakil akademia dan industri selaras keperluan bakat

Gambar CUIC

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2025: Pusat Kerjasama Universiti- Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dijemput bagi menghadiri Bengkel Penyelarasan Keperluan Bakat Bagi Industri Elektrik & Elektronik (E&E) serta Jentera & Peralatan (M&E) bertempat di Perdana Hall, MIDA Sentral.

Bengkel selama satu hari ini adalah merupakan inisiatif Bahagian Hubungan Industri (BHI), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan Kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Tujuan perlaksanaan bengkel adalah bagi berkongsi situasi berkaitan keperluan bakat dalam industri E&E dan M&E di Malaysia serta menetapkan perancangan dan pelan pembangunan bakat bagi menghasilkan graduan yang dapat memenuhi keperluan industri.

Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr. Mohd Sharil Abdullah.

Beliau menekankan perlunya kerjasama erat antara universiti dan industri bagi memastikan keperluan industri dapat dipenuhi.

“Statistik menunjukkan Malaysia menerima pelaburan berjumlah RM152.0 bilion bagi tahun 2023, manakala RM88.8 bilion (untuk Jan-Sep 2024).

“Berdasarkan jumlah pelaburan ini, sebanyak 23,515 peluang pekerjaan berpotensi dapat ditawarkan bagi indusri E&E,” katanya.

Kemuncak acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Eksekutif Kanan, Advokasi Polisi Pelaburan MIDA, Jeyasigan Narayanan Nair.

Bengkel turut padat di isi dengan sesi taklimat “Inisiatif Fasilitasi Bakat & Penciptaan Pekerjaan MIDA” daripada Pengarah, Bahagian Pengurusan Talent Industri & Ekspatriat MIDA, Azrina Hashim.

Selain itu perkongsian mengenai landskap industri dan keperluan bakat mengikut bidang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Elektrikal & Elektronik MIDA, Sunita Navaratnam dan Pengarah Bahagian Teknologi Jentera & Logam, MIDA, Zakiah Sajidan.

Selain itu, bengkel turut difasitasi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Skills Development Centre (PSDC), Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran bagi membincangkan intervansi dan perangkaan pelan hala tuju bakat bagi industri E&E dan M&E.

Bengkel ini dihadiri oleh Penyelaras Latihan Industri UUMCOLGIS, CUIC, Dr. Zuliana Azwa Zulkifli dan Pegawai Unit Latihan Industri, CUIC, Sakinah Sabudin. – Siti Nazirah Jaya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button