Education

Organisasi dan Alumni UUM santuni pelajar B40 dan anak yatim dengan sumbangan RM10,000

Gambar Pusat Alumni UUM

SINTOK, 27 November 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menerima sokongan yang berterusan daripada jaringan alumninya apabila sejumlah RM10,000 berjaya dikumpulkan dan disalurkan kepada 50 pelajar daripada kumpulan B40 dalam satu majlis rasmi yang diadakan di kampus universiti.

Sumbangan tersebut disumbangkan oleh Wakaf An-Nur yang diwakili Ketua Pegawai Pembangunan Ummah, Zamri Norani, telah menyerahkan sumbangan tunai berjumlah RM3,000 kepada 10 pelajar, masing-masing menerima RM300 seorang.

Alumni UUM Sarawak (AURAS), diwakili oleh Presiden AURAS, Chi Poh Yung, turut menzahirkan komitmen beliau terhadap kebajikan pelajar dengan menyumbangkan RM4,000 kepada 20 pelajar dari Sarawak, dengan setiap pelajar menerima bantuan sebanyak RM200.

Selain itu, alumni UUM, Pengurus Warehouse Mangement, Planning & Strategy, Petroliam Nasional Berhad Shaiful Azril, secara individu telah memberikan sumbangan berjumlah RM3,000, melibatkan 20 pelajar yang masing-masing menerima RM150 seorang.

Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti berkata, pelajar-pelajar seharusnya menjadikan alumni ini sebagai role model yang telah membuktikan kejayaan dan sumbangan semula kepada universiti selaras dengan slogan UUM Ilmu, Budi dan Bakti.

Majlis tersebut turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk “Unlocking Potential: Growth, Opportunities, and Leadership for the Next Generation”, yang disampaikan oleh Mohamad Zulkifly Majidi.

Sesi ini memberi penekanan kepada pengembangan potensi diri, peluang masa depan serta kepimpinan generasi baharu.

UUM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada organisasi dan semua alumni yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. – Amelia Hakimi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button