Education

Pelajar UUM didedahkan ilmu anti persaingan oleh MYCC 

Berita dan gambar Mohammad Al Fadzrin Rasad

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2025: Navigasi Kerjaya bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah  mengemudi kerjaya pelajar Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan (BPLB), Universiti Utara Malaysia.

Persatuan Mahasiswa Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan, dikenali BPLB Thinkers Society didedahkan dengan fungsi MyCC yang juga mempunyai MOU bersama Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) untuk membanteras anti persaingan dalam kalangan korporat.

Amalan perjanjian anti persaingan seperti penipuan bida, salah guna kuasa monopoli, dan penetapan harga kartel didedahkan kepada mahasiswa BPLB melalui pendedahan kes sebenar.

Pendedahan ini seiring dengan silibus BPLB seperti Persekitaran Undang-undang Perniagaan Global yang menitikberatkan keadilan dalam dunia korporat.

Pengarah lawatan, Nurul Farahah Mohd Kamal berkata, inisiatif proaktif ini adalah juga membantu mahasiswa untuk meneroka kepelbagaian peluang pekerjaan khususnya di MyCC.

Menurutnya, kombinasi (BPLB) membolehkan mereka membawa pemikiran kritis, luas dan komprehensif dalam menganalisis isu yang kompleks, terutamanya dalam perundangan persaingan.

“Keupayaan ini sangat sepadan dengan bidang kerja fungsi MyCC, yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang anti-monopoli dan dasar persaingan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Farid Misran berkata, dia amat teruja dengan pendedahan dan semakin memahami fungsi persaingan korporat yang didedahkan pegawai MyCC.

Menurutnya, melalui lawatan ini saya dapat mengaplikasikan kefahaman saya yang dipelajari di kuliah dengan pendedahan sebenar oleh pegawai MyCC.

Program lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh MyCC dan lawatan sekitar pejabat.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button