Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM
SINTOK, 10 Mac 2025: Minggu pendaftaran kemasukan anak yatim bagi sesi baharu persekolahan di Rumah Kebajikan Anak Yatim (RKAY) UUM telah berlangsung, baru-baru ini.
RKAY telah menerima tiga orang penghuni baru, menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 11 orang.
Pengurus RKAY, Ustaz Muhammad Syazwan Menon berkata, RKAY di bawah kelolaan Pusat Islam sentiasa membantu dalam setiap aspek keperluan persekolahan dan pembelajaran anak yatim.
“Waris juga perlu memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk belajar serta kan menjadikan RKAY sebagai rumah kedua mereka,” ujarnya.
Kebajikan mereka sentiasa mendapat sokongan daripada orang ramai bagi membantu mereka terutamanya aspek pendidikan.
Dalam sesi taklimat kepada waris dan pelajar, beliau turut menekankan pentingnya menuntut ilmu sehingga berjaya ke menara gading.
RKAY mula beroperasi sejak 2018 dengan mendapat sumbangan dana dari Zakat Kedah, Syarikat korporat, warga UUM dan masyarakat.
Pengurusan RKAY telah melantik Ustaz Aus Korni Yahaya sebagai ketua warden selain dibantu oleh warden, seorang guru pembimbing dan Guru Fardhu Ain.
Sebarang pertanyaan berkaitan anak Yatim UUM sila hubungi Ustaz Aus di talian 04-928 2571.