Business

Inovasi keusahawanan digital menyuntik bakat pelajar

SINTOK, 23 Oktober 2024 – Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Nenering 1 dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) menganjurkan program Latihan Business ‘101’ Sempena Pengenalan 5 Pillar NADI.

Program ini melibatkan 105 pelajar UUM dari pelbagai program pengajian. Taklimat program keusahawanan ini di kendalikan oleh penceramah dari MTDC, Tengku Ismith   Tengku Ilham Syaamil Razak dan NADI dengan bantuan urusetia dari Pusat Kokurikulum.

Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Za’im Ahmad berkata, tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan ilmu dan asas keusahawanan kepada pelajar UUM selain membantu peserta mengenal pasti peluang perniagaan yang berpotensi dan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik pemasaran yang efektif.

“Selain daripada bidang keusahawanan amat ditekankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan menetapkan kursus keusahawanan sebagai salah satu teras utama kursus kokurikulum berkredit.

“Saya berharap program penyampaian ilmu keusahwanan ini kepada pelajar-pelajar mampu mencetus minat pelajar UUM untuk terus mendalami bidang keusahawanan seterusnya membangunkan perniagaan sendiri kelak,” ujarnya, semalam.

Tambahnya, program keusahawanan memberikan pelajar universiti banyak manfaat, termasuk mengembangkan kemahiran pemikiran kritis, kepimpinan, dan kreativiti.

Pelajar diajar bagaimana untuk mengurus perniagaan sendiri, menghadapi risiko, dan menyelesaikan masalah dengan inovasi, yang membantu meningkatkan keyakinan diri serta kebolehan membuat keputusan.

Selain itu, program ini membuka peluang rangkaian dengan usahawan berjaya dan menyediakan platform untuk memulakan perniagaan awal. Ini membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu teori dalam situasi praktikal dan mempersiapkan diri untuk menjadi usahawan yang berdaya saing dalam dunia pekerjaan yang mencabar.

Antara modul yang disediakan  program ini adalah Asas Pemasaran Digital seperti Pengenalan Pemasaran, Fotografi dan Rekabentuk Grafik, Penulisan dan Merancang dan Mengukur Impak Pemasaran. Selain itu peserta didedahkan dengan konsep asas perniagaan, kewangan, operasi perniagaan dan pemasaran.

Menariknya, semua peserta yang tamat latihan ini akan didaftarkan keahlian NADI secara percuma dan mendapat sijil daripada pihak MTDC.

Secara keseluruhannya, program keusahawanan kepada pelajar UUM berfungsi bukan sahaja untuk membina kemahiran profesional tetapi juga untuk memberi inspirasi kepada mereka menjadi lebih inovatif, fleksibel, dan berjaya dalam pelbagai bidang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button