General

KDYMM Tuanku Sultan Kedah terima menghadap Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi

Gambar Mohd Fuad Hamid

ALOR SETAR, 10 Mac 2025: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, telah perkenan menerima sembah menghadap oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir di Balai Mengadap, Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

Dalam sesi mengadap tersebut, Dr. Zambry mempersembahkan perkembangan semasa pendidikan tinggi negara serta yang terkait dengan negeri Kedah termasuklah Institusi Pendidikan Tinggi di bawah kerajaan negeri.

Turut diperkenan menghadap KDYMM Tuanku Sultan ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan. – Kori Ariff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button