Campus

Bengkel Sertu perkasa kefahaman dan amalan halal di UUM

Gambar IHM

SINTOK, 15 April 2025 – Institut Pengurusan Halal (IHM), Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Bengkel Sertu bertempat di Bilik Seminar SEFB, UUM, baru-baru ini.

Program itu menampilkan penceramah jemputan khas iaitu Ketua Makmal Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Amri Abdullah yang juga Profesor Adjung di IBS.

Pengarah IHM, Dr. Nor Aina Mhd Khotib berkata, bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam melaksanakan proses sertu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Menurutnya, antara kandungan utama bengkel termasuklah Konsep Sertu, Latihan Amali Sertu, Hikmah Sertu, serta Garis Panduan JAKIM berkaitan pelaksanaan proses penyucian najis mughallazah.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga IBS khususnya pensyarah, pelajar, dan staf pentadbiran yang berminat memperkukuh pengetahuan dalam aspek pengurusan halal secara praktikal.

Sesi amali yang dikendalikan sendiri oleh penceramah memberi peluang kepada peserta untuk melihat dan mencuba sendiri kaedah sertu dengan bahan dan alatan sebenar.

Penganjuran bengkel ini selaras dengan misi IHM dan IBS dalam memartabatkan ilmu halal melalui pendidikan dan latihan yang berkualiti tinggi. Selain itu, dapat meningkatkan jaringan industri bersama para peserta yang terlibat. – Nurul Syahidah Muhamad Puzi

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button