General

UUM johan Debat Koperasi Peringkat IPT dua tahun berturut-turut

Berita dan gambar Jamaat Alhafis Mansor

PETALING JAYA, 16 Jun 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Akhir Debat Koperasi Peringkat IPT 2025 Piala Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) yang telah berlangsung pada 13 hingga 15 Jun lalu di Institut Koperasi Malaysia.

Kemenangan UUM pada kali ini adalah merupakan kemenangan kali kedua bagi penganjuran Debat Koperasi edisi kedua, dan kali pertama menggunakan format Ala Parlimen British, sekali gus menobatkan UUM sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama yang memenangi pertandingan edisi kedua anjuran Institut Koperasi Malaysia.

Pasukan universiti diwakili Farah Aulia Ahmad Sanusi (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang) dan Nadjween Hanie Mohd Mayan (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang) membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM 8,000, piala pusingan dan sijil.

Sementara itu, Universiti Sains Malaysia (USM) pula telah dinobatkan sebagai naib johan membawa pulang hadiah tunai RM 5000, manakala Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di tempat ketiga membawa pulang hadiah tunai RM 3,000 dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditempat keempat dengan membawa pulang hadiah tunai RM 2000, selain trofi dan sijil.

Pendebat Terbaik Akhir turut diungguli Farah Aulia dari UUM membawa pulang RM 1,500, manakala Emmad Erwan Shah dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah dinobatkan Pendebat Terbaik Keseluruhan membawa pulang RM 1,000 selain trofi dan sijil.

Majlis Perasmian Penutup tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Debat Koperasi IPT 2025.

Pertandingan Debat Koperasi Piala Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi IPT 2025 dianjurkan IKMa dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai platform membina pemimpin koperasi muda yang berdaya saing, kritis dan celik ekonomi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button