Education

Empat pensyarah UUM tersenarai antara 2% saintis terbaik dunia

Gambar oleh Penerima  Anugerah

SINTOK, 21 September 2025: Empat orang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melakar sejarah membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 2% saintis terkemuka dunia, sekali gus mengharumkan nama universiti di peringkat antarabangsa.

Mereka yang menerima pengiktirafan tersebut ialah Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki (Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business – OYAGSB), Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi (Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz – TISSA-UUM), Ts. Dr. Siti Khadijah Hubadillah (Pusat Pengajian Teknologi Pengurusan dan Logistik – STML), dan Ts. Dr. Khairul Hafezad Abdullah (Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan – SBM).

Mengulas pencapaian itu, Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki berkata, tahun ini merupakan penampilan saya yang ketujuh berturut-turut dalam Senarai 2% Teratas Saintis Dunia sejak 2019, dan ia secara tidak langsung mengukuhkan lagi pengaruh serta kepimpinan berterusan saya dalam bidang pengkhususan ini. Di samping usaha dan disiplin diri, saya amat bersyukur kerana dikelilingi oleh ekosistem yang menyokong, daripada pihak universiti, rakan penyelidik, pelajar pascasiswazah, dan keluarga,” katanya.

 

Sementara itu, Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi menyifatkan pengiktirafan ini bukanlah semata-mata kejayaan peribadi, sebaliknya hasil daripada usaha kolektif pelbagai pihak.

“Pengiktirafan ini merupakan cerminan daripada hasil usaha berpasukan, sokongan, dan dorongan berterusan yang saya terima daripada rakan penyelidik, para pelajar, penulis bersama (co-authors) serta rakan kolaborasi (collaborators) yang sentiasa berganding bahu dalam menerbitkan penyelidikan berkualiti,” katanya.

Beliau menambah bahawa beliau menganggap pengiktirafan ini sebagai satu amanah untuk terus menghasilkan penyelidikan yang relevan, berimpak tinggi, dan memberi manfaat bukan sahaja kepada dunia akademik, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, pula merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima dan menegaskan bahawa pencapaian tersebut membuktikan keupayaan penyelidik UUM dalam melaksanakan kajian bertaraf dunia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

 

“Kejayaan ini adalah bukti bahawa warga akademik UUM berupaya menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia yang memberi impak positif kepada masyarakat, industri dan negara. Universiti akan terus menyokong usaha penyelidikan agar lebih ramai lagi sarjana UUM mendapat pengiktirafan di pentas global. Saya berharap kejayaan ini juga menjadi inspirasi kepada para penyelidik muda untuk terus berusaha gigih mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button