Campus

INASIS SME Bank rai petugas MSK A251

Berita dan Gambar : INASIS SME BANK

SINTOK, 6 OKTOBER 2025: INASIS SME Bank seperti INASIS lain sentiasa memastikan segala kemudahan, infrastruktur, kebajikan & keselamatan para pelajar khususnya serta warga kerja amnya tambahan menjelang Minggu Suaikenal Pelajar Baharu (MSK) Semester A251 2025.

Dalam usaha ini pelbagai usaha dan perancangan telah disusunkan bagi menjayakan perjalanan MSK lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Dengan kerjasama erat diantara barisan JKPS/RS, Felo, Staf Pentadbiran serta rakan kerja dari UUMProperty INASIS SME BANK tiap inci dan sudut persekitaran serta kemudahan yang terdapat di sini menjadi tumpuan utama kerja-kerja persediaan MSK A251 2025.

Selain dari usaha ini digerakan bagi mematuhi arahan dan usaha pihak Universiti amnya dan pihak Pusat Penginapan Pelajar(SAC) ia bagi memastikan para pelajar dan waris selesa serta mendapat kualiti perkhidmatan yang terbaik sepanjang MSK berlangsung.

Perjalanan MSK A251 2025 yang telah berlangsung dengan kehadiran seramai 553 orang pelajar mendaftar sebagai pelajar baharu di INASIS SME Bank

Dengan perjalanan MSK berjalan lancar dan sempurna, Dr. Faisal Zulhumadi Pengetua INASIS SME Bank meraikan semua barisan Petugas MSK INASIS SME Bank A251 yang terdiri daripada semua staf pentabiran, penolong pengetua, barisan JKPS/RS dan staf UUM Property INASIS SME Bank.

Dengan usaha dan penghargaan ini sebagai usaha menambahbaik jaringan kerjasama dan mendapat maklumbalas sebarang aduan mahupun cadangan bagi diambil untuk proses membaiki kualiti perkhidmatan dalam semua sudut.

Moto UUM Universiti Pengurusan Terkemuka sentiasa menjadi garis panduan dalam setiap pengurusan di INASIS tidak kira kepada pelajar mahupun warga kerja disamping itu dapat memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh pihak Universiti kata Dr. Faisal Zulhumadi, PengetuaINASIS SME Bank

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button