Campus
Pasukan golf UUM Naib Juara di kejohanan Golf Universiti Awam ke-52!
Berita dan gambar oleh Armienuddin Ahmad
KUALA LUMPUR, 13-14 Oktober 2025: Pasukan Golf Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mengharumkan nama universiti apabila berjaya merangkul Naib Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Golf Universiti Awam ke-52 yang berlangsung pada 13 dan 14 Oktober
2025 lalu.

Lebih membanggakan, UUM turut meraih:




Kejayaan ini lebih manis apabila Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, berjaya menduduki tempat ke-4 kategori VIP, manakala Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, pula di tempat ke-7.
Kejohanan anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ini menghimpunkan 317 pemain golf dari seluruh universiti awam Malaysia, dengan 29 pemain mewakili UUM.
Kapten Pasukan, Ali Badron Mokhtar, berkata kejayaan ini adalah hasil daripada kesungguhan, disiplin, dan perancangan rapi pasukan dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak.

“Sebagai universiti yang menjadi Pusat Kecemerlangan Sukan Golf serta memiliki kemudahan lapangan golf 18 lubang bertaraf antarabangsa, UUM komited untuk terus melahirkan pemain golf berprestasi tinggi dan menjadikan sukan ini sebagai pilihan warga kampus,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa penglibatan aktif pelajar dan staf dalam sukan golf bukan sahaja memperkukuh gaya hidup sihat, malah berpotensi mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

• Naib Johan Keseluruhan
• Naib Johan Kontingen Terbaik
• Naib Johan Gross Berpasukan
(Muhamad Fahmi bin Muhamad Zulkiflee, Prof. Madya Dr. Muslimin bin Wallang, Amizul bin Amat, Ajmal Afif bin Abdul Rais)
• Naib Johan Gross Individu: Muhamad Fahmi bin Muhamad Zulkiflee
• Tempat Keempat VIP Individu: Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan
• Tempat Keempat Nett Berpasukan:
(Dr. Za’im bin Ahmad, Mohamad Fisol bin Othman, Mohd Puad bin Mhd Nor, Ali Badron bin Mokhtar)
• Tempat Keenam Gross Individu: Prof. Madya Dr. Muslimin bin Wallang
• Tempat Ketujuh VIP Individu: Prof. Dr. Ahmad Martadha bin Mohamed