Pusat Pengajian Pendidikan temu duga calon Program Guru Evo Edupreneur
Berita dan gambar oleh Prof Madya Dr Norliza Kushairi
SINTOK, 14–16 Oktober 2025 – Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan sesi temu duga bagi Program Guru Evo Edupreneur Inkubator selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Oktober 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat SOE, UUM.
Menurut Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Norliza Kushairi, Program Guru Evo Edupreneur ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar jurusan pendidikan untuk meneroka idea keusahawanan dan menghasilkan produk inovatif yang berpotensi dikomersialkan.

Melalui slogan “Teach Less Learn More with Guru Evo Products”, beliau menambah bahawa program ini selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang mensasarkan pemupukan budaya inovasi dan keusahawanan dalam segenap lapisan masyarakat.
“Kita mahu pelajar jurusan pendidikan atau bakal guru ini tidak melihat pekerjaan mereka dalam sektor kerajaan atau pendidikan sahaja. Mereka seharusnya mencipta peluang, bukan menunggu atau mencari peluang pekerjaan semata-mata.
Bahan-bahan yang dihasilkan bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah pendidikan di sekolah, malah harus juga mampu menjana ekonomi golongan pendidik. Temu duga ini dijalankan supaya proses latihan inkubator berlaku dengan telus. Kita mahu menarik seramai mungkin penyertaan. Hebahan dalam bentuk poster dan video telah dilakukan untuk menarik calon dalam kalangan pelajar dan pensyarah,” katanya.

Seramai 50 calon telah hadir dan ditemu duga oleh enam orang panel penilai yang berpengalaman. Calon ditemu duga bagi menilai kesungguhan, minat dan daya tahan selain keupayaan berfikiran kritikal, kreatif serta menyampaikan idea dengan baik.
Mereka yang berjaya akan melalui sesi bimbingan berstruktur yang telah dirangka dengan kerjasama pihak luar yang terlibat dalam keusahawanan antaranya PERDASAMA, KUSKOP dan SSM.
Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman, ketika dihubungi berkata, Projek Inkubator Guru Evo Edupreneur merupakan projek sulung keusahawanan Pusat Pengajian Pendidikan yang bertujuan mencungkil bakat keusahawanan pendidikan dalam kalangan mahasiswa jurusan pendidikan.
Selain mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) universiti dalam bidang inovasi dan pengkomersialan (T2D3P6: Number of Products/Services Transfer-Out), projek ini juga mampu memupuk budaya toleransi, kolaborasi, membuat keputusan strategik, kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan ahli pasukan.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Farah Mohamad Zain, pula menegaskan kepentingan projek inkubator dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing.
Ciri ini penting bagi memastikan kemandirian graduan dalam ekosistem pekerjaan yang tidak menentu akibat faktor ekonomi di luar kawalan. Sudah tiba masanya golongan pendidik turut berperanan aktif dalam ekosistem keusahawanan.
Untuk rekod, program penajaan projek inkubator merupakan inisiatif Pusat Inovasi dan Pengkomersialan UUM (ICC).

Penyelaras Projek Inkubator, Dr. Mohd Adeeb, memaklumkan bahawa sebanyak lima buah pusat pengajian telah berjaya dalam permohonan pembiayaan ini, termasuk Pusat Pengajian Pendidikan melalui projek ‘Guru Evo Edupreneur Incubator Programme’.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Pusat Pengajian Pendidikan atas inisiatif menemuduga calon-calon yang layak. Pusat Pengajian Pendidikan turut merakamkan penghargaan kepada ICC atas sokongan yang diberikan serta mengucapkan terima kasih kepada panel temu duga, calon, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses temu duga ini.