Sembilan staf akademik terima watikah kenaikan pangkat
Gambar Mohd Fuad Hamid
SINTOK, 21 Disember 2025: Seramai sembilan staf akademik menerima watikah kenaikan pangkat yang disampaikan Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, sebentar tadi.

Dua pensyarah menerima kenaikan pangkat ke jawatan Profesor VK7 iaitu Prof. Dr. Hamidi Ismail dan Prof. Dr. Ahmad Zubir Ibrahim, manakala tujuh staf lagi menerima kenaikan pangkat ke Profesor Madya DS14.
Mereka ialah Prof. Madya Dr. Adilah Azhari, Prof. Madya Dr. Ahmad Suki Che Mohamed Arif, Prof. Madya Dr. Farah Nadia Mohd Faudzi, Prof. Madya Dr. Muhammad Noor Abdul Aziz, Prof. Madya Dr. Norlaila Abdullah Chik, Prof. Madya Dr. Paramjit Kaur a/p Karpal Singh dan Prof. Madya Dr. Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail.
Hadir sama, Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.



