Campus

McDonald’s Malaysia santuni 249 pelajar asasi pengurusan UUM dengan nasi mekdi

Gambar oleh EXCO Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan Sesi 2025/2026

SINTOK, 24 Februari 2026: Seramai 249 pelajar Asasi Pengurusan (PAP), Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima hidangan Nasi Mekdi tajaan McDonald’s Malaysia sempena Program Santun Pelajar yang berlangsung malam tadi di Dewan Bunga Raya, INASIS MAS, UUM.

Sumbangan tersebut diagihkan sebagai juadah moreh bersempena bulan Ramadan, bertujuan meringankan beban pelajar serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) McDonald’s Malaysia dalam membantu mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya golongan yang memerlukan, melalui penyediaan hidangan Nasi Mekdi secara percuma sepanjang bulan Ramadan.

Para pelajar yang hadir melahirkan rasa syukur dan penghargaan atas sumbangan berkenaan yang bukan sahaja membantu dari segi keperluan makanan, malah mencerminkan keprihatinan pihak industri terhadap kebajikan mahasiswa.

Pusat Asasi Pengurusan UUM turut merakamkan penghargaan kepada McDonald’s Malaysia atas kesudian menyalurkan sumbangan tersebut dan berharap kerjasama strategik antara pihak universiti dan industri akan terus diperkukuh pada masa akan datang. – Siti Khadijah Rohani

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button