Campus

Sutranita UUM hulur sumbangan kepada Pelajar SMA Islah, Pendang

Berita dan Gambar oleh Norzilah Hj Aziz

PENDANG, KEDAH, 4 Mac 2026: Persatuan Wanita Universiti Utara Malaysia (Sutranita UUM) telah menganjurkan Program Ramadan Gives Hope 2026 dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama (SMA) Islah, Pendang pada 4 Mac 2026 di Dewan SMA Islah.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan melalui pengisian kerohanian serta mengeratkan hubungan antara warga universiti dan komuniti setempat. Inisiatif tersebut turut mencerminkan komitmen UUM dalam melaksanakan program khidmat masyarakat dan memperkukuh jalinan kerjasama dengan institusi pendidikan di sekitar Kedah.

Antara pengisian utama program ialah sesi ceramah motivasi bertajuk “Anak Biasa, Cita-cita Luar Biasa” yang disampaikan oleh Norzilah Hj. Aziz dan Dr. Azizah Md Yusof dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia.

Ceramah ini memberi inspirasi kepada para pelajar untuk meningkatkan motivasi diri serta membina aspirasi masa depan yang lebih cemerlang.

Dalam majlis yang sama, Sutranita UUM turut menyampaikan sumbangan berbentuk cek bernilai RM3,000 kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan terhadap kebajikan dan pembangunan pelajar.

Program diakhiri dengan Majlis Iftar Jamaie yang menghimpunkan warga UUM dan komuniti sekolah dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.

Penganjuran program ini mencerminkan peranan aktif universiti dalam menyumbang kepada masyarakat melalui pendekatan jaringan komuniti.

Melalui inisiatif seperti ini, UUM terus komited memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat serta menyemai nilai keprihatinan sosial dalam kalangan warganya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button