Campus

Barisan penjawat SOIS perkukuh strategi capai agenda universiti

Gambar oleh Mohd Khairil Hazree bin Hairudin

SINTOK, 9 Mac 2026: Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Tugas Penjawat Utama bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SOIS, baru-baru ini. Majlis yang penuh bermakna ini menjadi simbolik kesinambungan kepimpinan dan dedikasi dalam memacu kecemerlangan akademik serta penyelidikan di peringkat pusat pengajian.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Nazariah Osman, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa.

Turut hadir bersama semasa majlis tersebut adalah barisan Timbalan Dekan serta Penyelaras Program Siswazah dan Pascasiswazah SOIS.

Dalam ucapan alu-aluannya, Prof. Madya Dr. Nazariah menekankan bahawa setiap pelantikan baharu membawa cabaran yang lebih besar selaras dengan dinamika dunia pendidikan tinggi masa kini.

“Semakin meningkat tahun, semakin meningkat tanggungjawab dan tugasan yang perlu dilaksanakan. Namun saya percaya dengan komitmen dan kerjasama yang ampuh dari semua penjawat akan membantu kita semua untuk sama-sama merealisasikan amanah yang telah diberikan oleh universiti,” ujar beliau.

Barisan penjawat utama SOIS bagi tahun 2026 masih dikekalkan dari tahun sebelumnya manakala perubahan penjawat hanya melibatkan dua jawatan iaitu Pengerusi Program Sarjana Muda (Hubungan Antarabangsa) dan Pengerusi Program Pascasiswazah (Hubungan Antarabangsa).

Majlis ini turut meraikan pelantikan Encik Asrar Omar yang secara rasminya mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Program Program Pascasiswazah (Hubungan Antarabangsa) yang menggantikan Dr. Muhammad Ali Ridha Bin Norman yang telah menjawat jawatan Pengarah Bahagian Pemasaran, Jabatan Hal Ehwal Akademik.

Manakala Dr. Rusnawati Ismail telah dilantik sebagaii Pengerusi Program Sarjana Muda (Hubungan Antarabangsa) menggantikan Dr. Nor Azura A. Rahman.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan ucapan penghargaan kepada barisan penjawat terdahulu atas jasa serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh memegang jawatan. – Rosmiza Ahmad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button