Campus

Kolaborasi Akademi Vokasional Mcdonald’s Malaysia Memacu Transformasi TVET Industri

Berita dan gambar oleh: Dr Wahida Yaakub

KUALA LUMPUR, 2 April 2026: Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia telah mengadakan sebagai langkah awal ke arah memperkukuh kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berimpak tinggi dalam usaha meningkatkan kualiti, kebolehpasaran, dan relevansi program TVET selari dengan keperluan industri semasa.

Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia merupakan sebuah inisiatif berteraskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi fokus kepada pembangunan pendidikan inklusif.

Akademi ini turut menyasarkan kumpulan niche, termasuk individu daripada pelbagai latar belakang, untuk diberi peluang membina kerjaya dan mencapai kejayaan dalam bidang hospitaliti dan perkhidmatan makanan.

Perbincangan yang berlangsung memberi penekanan kepada pembangunan model kerjasama yang jelas dan mampan, merangkumi aspek struktur program, laluan akademik, serta integrasi latihan industri yang komprehensif.

Antara fokus utama adalah cadangan penyusunan program di peringkat sarjana muda, khusus dalam bidang pengurusan hospitaliti dan perkhidmatan makanan, yang selari dengan kehendak industri global.

Kedua-dua pihak turut bersetuju bahawa kolaborasi ini berpotensi menjadi pemangkin kepada transformasi TVET negara, dengan menggabungkan kekuatan akademik dan pengalaman industri secara holistik.

Usaha ini dijangka akan diteruskan melalui perancangan lebih terperinci termasuk pembangunan business model yang jelas, pelaksanaan program berstruktur, serta pengukuhan jaringan industri-akademia.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten, malah berdaya saing dan bersedia memenuhi tuntutan pasaran kerja masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button