Campus

Perhimpunan bulanan staf UUM perkasa kebersamaan dan silaturahim

Gambar oleh: Jurufoto UUM

SINTOK, 14 April 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Staf bertemakan “Menyulam Kebersamaan, Memperkukuh Silaturahim” yang berlangsung di Stadium UUM dan Padang Kawad PALAPES, hari ini.

Program yang menghimpunkan staf dan pelajar itu diadakan dalam suasana santai berkonsepkan aktiviti kesukanan bagi mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed, dalam ucapannya menekankan kepentingan nilai kebersamaan dan silaturahim dalam organisasi.

Beliau berkata, “Kebersamaan merupakan asas kepada kecemerlangan organisasi, manakala silaturahim menjadi pemangkin kepada keharmonian dan produktiviti warga universiti,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh warga UUM agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan dan budaya kecemerlangan demi memastikan universiti kekal relevan serta berdaya saing di peringkat global.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga UUM atas dedikasi dan komitmen yang telah menyumbang kepada pelbagai pencapaian universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Antara pengisian program lain termasuk sesi senamrobik, aktiviti brisk walk serta Program Muhibah MADANI UUM yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat di samping mengeratkan silaturahim antara staf dan pelajar.

Penganjuran program seperti ini dilihat mampu memperkukuh hubungan warga kerja universiti, selain menyokong usaha melahirkan persekitaran kampus yang harmoni dan sejahtera.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button