Campus

Dari Simulasi Industri ke Latihan Bertaraf Dunia: Pengurusan TVET UUM Perkukuh Agenda TVET Global di MOGC

Berita dan gambar oleh: Dr. Wahida Yaakub

KEMAMAN, 28 April 2026: Komitmen memperkukuh pembangunan TVET bertaraf global terus diperkasakan apabila satu lawatan strategik melibatkan wakil Pengurusan TVET Universiti Utara Malaysia, delegasi NOC-EVT Libya dan rakan industri strategik telah diadakan ke TVETMARA Oil & Gas College bagi meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan latihan teknikal dan kompetensi industri minyak dan gas bertaraf antarabangsa.

Delegasi lawatan terdiri daripada Encik Kamal Khalid selaku Timbalan Pengarah Pengurusan TVET UUM, Puan Wan Norkhairiyah Wan Montil dan Encik Luqmannul Hakim Omar daripada ANTAH Oilfield Services, Dr. Abdulmagid Elazhari M. Ali, Mr. Khaled Mohamed KH Marh, Dr. Salem A. S. Omar dan Mr. Mohamed Amammer Mohamed Adbeib daripada NOC-EVT Libya.

Delegasi lawatan telah disambut oleh Ts. Abdul Malib bin Ludin selaku Pengarah TVETMARA Oil & Gas College bersama Ts. Mohd Halimudin Mohd Isa @ Hamid, Timbalan Pengarah TVETMARA, Ir. Hanafi Che Ab Halim, Ketua Program Elektrikal serta Dr. Mohd Razealy Anuar daripada MICET UniKL. Turut sama menjayakan lawatan strategik ini ialah pasukan pelaksana program TVETMARA dan pasukan MICET UniKL

Lawatan strategik ini memberi fokus kepada penerokaan model latihan teknikal berasaskan kompetensi yang menekankan elemen latihan praktikal industri, simulasi operasi sebenar dan kesiapsiagaan tenaga kerja dalam sektor minyak dan gas.

Delegasi turut diberikan pendedahan kepada pelbagai fasiliti simulasi industri termasuk pusat kawalan operasi, sistem latihan upstream dan downstream serta fasiliti latihan teknikal yang direka bagi memenuhi keperluan latihan industri semasa dan standard operasi global.

Sesi perbincangan strategik turut memberi fokus kepada pembangunan latihan berorientasikan industri melalui pendekatan competency-based training, pengukuhan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (HSE), sistem onboarding tenaga kerja serta pelaksanaan model Training of Trainers (ToT).

Delegasi NOC-EVT Libya turut menunjukkan minat terhadap pendekatan latihan praktikal dan simulasi industri yang mampu menyokong pembangunan tenaga kerja middle management yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi cabaran industri global.

Lawatan ini turut membuka ruang kepada potensi kerjasama antarabangsa dalam pembangunan latihan teknikal, pemindahan kompetensi serta pengukuhan ekosistem TVET yang lebih responsif terhadap kehendak industri tenaga global. Inisiatif ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Pengurusan TVET UUM dalam memperluas jaringan kolaborasi strategik dan memperkasakan agenda pendidikan kemahiran yang lebih progresif serta berimpak tinggi.

Pengurusan TVET UUM berharap lawatan strategik seperti ini akan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh pembangunan bakat global, memperluas peluang kolaborasi industri serta memacu transformasi ekosistem TVET yang mampu memenuhi tuntutan industri masa hadapan di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button