Campus

Majlis Menandatangani NDA antara UUMKL melalui pengurusan TVET UUM dan UniKL perkukuh agenda kolaborasi institusi

Berita dan gambar oleh: Dr Wahida Yaakub

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2026: Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) melalui Pengurusan TVET UUM dan Universiti Kuala Lumpur terus memperkukuh hubungan strategik apabila berlangsungnya Majlis Menandatangani Non-Disclosure Agreement (NDA) di Senate Meeting Room, UniKL, Jalan Sultan Ismail.

Delegasi UUM KL diketuai oleh Prof. Dr. Norlena binti Hasnan selaku Provost UUMKL  bersama Pengarah Pengurusan TVET UUM, Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Shanusi Hj. Ahmad serta dua Timbalan Pengarah iaitu Dr. Norwahida Yaakub dan En. Kamal Khalid.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh barisan pengurusan tertinggi Universiti Kuala Lumpur yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Azman Senin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, bersama Prof. Ir. Dr. Azmi Hassan, Timbalan Presiden Hubungan Antarabangsa, Industri dan Institusi (IIIP), Prof. Madya ChM Ts. Dr. Yuhanees  Mohamed Yusof, Pengarah Pusat Pemajuan dan Pendidikan Berterusan (ACE), Ts. Dr. Mohamed Zul Fadhli Khairuddin, Dekan dan Ketua Kampus UniKL MESTECH, Dr. Noor Aina Mohd Nazri dari UniKL MICET, Prof. Madya Dr. Aizat Faiz Ramli serta Timbalan Pengarah Unit Pemajuan dan Pendidikan Berterusan (ACE).

Majlis dimulakan dengan sesi perbincangan strategik yang memfokuskan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, TVET, latihan profesional, pensijilan kemahiran, pembangunan bakat serta kolaborasi industri.

Perbincangan tersebut membuka ruang kepada kedua-dua institusi untuk meneroka pelbagai peluang sinergi yang mampu memberikan nilai tambah kepada pembangunan akademik dan industri negara.

Melalui kerjasama ini, UUMKL dan UniKL berharap lebih banyak inisiatif berimpak tinggi dapat direalisasikan pada masa hadapan termasuk program pembangunan kompetensi, penyelidikan, inovasi, latihan industri serta pengantarabangsaan pendidikan.

Langkah ini juga selari dengan aspirasi kedua-dua institusi untuk terus menjadi peneraju dalam melahirkan modal insan yang kompeten, progresif dan memenuhi keperluan industri masa depan.Majlis dimulakan dengan sesi perbincangan strategik yang memfokuskan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, TVET, latihan profesional, pensijilan kemahiran, pembangunan bakat serta kolaborasi industri.

Perbincangan tersebut membuka ruang kepada kedua-dua institusi untuk meneroka pelbagai peluang sinergi yang mampu memberikan nilai tambah kepada pembangunan akademik dan industri negara.

Kemuncak majlis menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran dokumen Non-Disclosure Agreement (NDA) sebagai simbol komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik secara lebih menyeluruh.

Majlis turut diserikan dengan pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan serta manifestasi hubungan profesional yang erat antara kedua-dua universiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button