Education

Sintoxplore feat WarisArt

Gambar oleh: Muhamad Aqil Asyraaf Bin Amir Zamri Dan Nur Aleeya Binti Abd Ghani

SINTOK, 11 Jun 2026: Bagi mengetengahkan pembelajaran secara interaktif dengan menggabungkan elemen permainan, pendidikan dan pembentukan sahsiah, Inapan Siswa MISC di bawah Biro Kerohanian dan Sahsiah dengan kolaborasi bersama Biro Kebudayaan dan Kesenian telah berjaya menganjurkan program SintoXplore feat WarisArt pada di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mengasah kemahiran insaniah seperti kepimpinan dan komunikasi serta meningkatkan keyakinan diri yang penting dalam pembangunan sahsiah pelajar sekolah.

Menurut Pengarah Program, Ahmad Asysyifa’ bin Abd Rahim, pelaksanaan SintoXplore feat WarisArt bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara interaktif, malah pemindahan ilmu daripada pelajar universiti kepada pelajar sekolah melalui pendekatan kreatif yang akan memberi impak besar dalam membentuk keyakinan diri, semangat kepimpinan dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Program yang berlangsung selama satu hari di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok ini diharapkan dapat mengasah kemahiran pembangunan insaniah bagi pelajar sekolah.

Program ini telah berjaya dilaksanakan melalui pelbagai jenis aktiviti pembelajaran secara interaktif seperti quiz ilmu, role-play, penciptaan koreografi tarian dan pembinaan produk menggunakan bahan kitar semula.

Melalui penglibatan seramai 23 orang ahli jawatankuasa dan 31 orang pelajar Tahun 6, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam mencungkil bakat baharu serta mengasah kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerja berpasukan, dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah memberikan komitmen tinggi merangkumi aspek kepimpinan, keyakinan diri dan kerjasama pasukan. Selain menyokong pembangunan kemahiran insaniah, aspek kreativiti turut ditonjolkan melalui penciptaan sorakan kumpulan dan juga video Tiktok. Pengisian ini membuktikan bahawa kemahiran insaniah boleh diasah melalui pembelajaran secara interaktif

Secara keseluruhannya, SintoXplore feat WarisArt telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama erat antara pihak penganjur dan peserta. Diharapkan impak positif daripada program ini dapat meningkatkan penghayatan terhadap warisan budaya dalam kalangan generasi muda serta memenuhi KPI universiti dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing. – Siti Rodhia Ayatul Binti Syed Hamdan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button