Berita dan gambar oleh Dr. Mohamad Yazid Bin Isa
BANTEN, 22 Jun 2026 – Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Menara Syariah Indonesia telah menganjurkan Simposium Antarabangsa : Reimagining Takaful for a Sustainable World di Jakarta pada 22 Jun 2026 sebagai platform memperkukuh kerjasama akademik dan industri dalam memajukan kewangan Islam serta takaful di peringkat serantau.

Simposium yang menghimpunkan 150 peserta daripada kalangan ahli akademik dan pengamal takaful dari seluruh Indonesia itu memberi pendedahan mengenai perkembangan terkini industri takaful selain membincangkan hala tuju serta potensi Takaful di kedua-dua negara.
Prof. Dr. Selamah Maamor, Penolong Naib Canselor UUM COB merangkap Dekan IBS UUM serta PM Dr. Norazlina Abd Wahab dan Dr. Mohamad Yazid Isa dari IBS UUM telah membentangkan kertas kerja mengenai pembangunan takaful, Maqasid Syariah serta inovasi dalam kewangan Islam.

Menurut Prof. Dr. Selamah, penganjuran simposium ini diharapkan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa pembangunan kewangan Islam dan industri takaful, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat serta pembangunan mampan di rantau ini.


