Education

SBM dan E-DESA terokai peluang kolaborasi strategik

Gambar oleh Wan Mohamad Kamil bin Wan Salim

SINTOK, 27 Julai 2026 – Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), telah mengadakan sesi perbincangan bersama E-Desa bagi meneroka peluang kerjasama strategik yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Perbincangan yang berlangsung di Bilik Selangor, UUM itu menghimpunkan wakil pengurusan SBM dan delegasi E-Desa bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang yang sejajar dengan kepakaran serta aspirasi pembangunan komuniti, pendidikan dan inovasi.

Sesi tersebut menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai inisiatif yang boleh dilaksanakan secara bersama, di samping memperkukuh jaringan strategik antara institusi akademik dan organisasi luar.

Menurut Ts. Dr. Mathivannan a/l Jaganathan, kolaborasi strategik merupakan antara pendekatan penting dalam memastikan kepakaran akademik dapat diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi impak kepada masyarakat.

Beliau turut berharap perbincangan tersebut dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang bukan sahaja memberi nilai tambah kepada universiti dan E-Desa, malah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat melalui kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua organisasi.

Usaha ini selaras dengan komitmen UUM untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam menyokong agenda kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi serta tanggungjawab sosial universiti. – Azam Arni Binti Mohd Noor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button