Education

UUM PERKUKUH JARINGAN STRATEGIK ANTARABANGSA MENERUSI QS SUMMIT 2027 DI BALI

Berita dan gambar oleh: Pro, Dr. Nor Aziah Abd Manaf

BALI, 5 November 2026 – Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh komitmen dalam meningkatkan keterlihatan dan reputasi antarabangsa menerusi penyertaan dalam QS Summit 2027 yang berlangsung di Bali International Convention Centre, Bali, Indonesia, dari 3 hingga 5 November 2026.

 

UUM diwakili oleh delegasi Bahagian Perancangan dan Prestasi Korporat yang diketuai oleh Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf, bersama-sama Prof. Madya Dr. Jastini Mohd Jamil dan Dr. Saidatul Nurul Hidayah Jannatun Naim Nor Ahmad.

Penyertaan dalam persidangan berprestij ini memberi peluang kepada delegasi UUM untuk mengikuti pelbagai sesi perkongsian ilmu, perbincangan strategik serta pertukaran pandangan bersama pemimpin dan wakil institusi pendidikan tinggi dari seluruh dunia.

Antara fokus perbincangan termasuk perkembangan landskap pendidikan tinggi global, strategi kecemerlangan universiti, penarafan antarabangsa serta kepentingan membina jaringan kerjasama strategik.

Selain itu, delegasi UUM turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dan sesi jaringan bersama beberapa universiti antarabangsa.

Pertemuan tersebut telah membuka ruang kepada potensi kerjasama dalam pelbagai bidang, selain memperlihatkan minat beberapa institusi untuk meneroka peluang kolaborasi bersama UUM.

Menurut Prof. Dr. Nor Aziah, penyertaan dalam platform antarabangsa seperti QS Summit bukan sekadar memberi pendedahan kepada perkembangan terkini pendidikan tinggi global, malah menjadi peluang penting untuk memperkenalkan kekuatan dan keunikan UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.

Beliau turut menekankan bahawa jaringan antarabangsa yang dibina perlu diterjemahkan kepada kerjasama yang bermakna dan berimpak tinggi, khususnya dalam memperkukuh reputasi, keterlihatan serta kedudukan UUM di peringkat global.

Penyertaan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang kolaborasi antarabangsa, sekali gus menyokong aspirasi UUM untuk terus berkembang sebagai universiti yang berdaya saing dan diiktiraf di persada dunia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button