Campus

SoIS perkasa pengajaran melalui penyelarasan dan penilaian yang berkesan

Gambar Mohamad Nizwan Awang

SINTOK, 13 Mac 2025: Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) telah berjaya menganjurkan bengkel bertajuk “Workshop On Teaching and Learning Semester A242 – Constructive Alignment: Teaching Assessment and Rubric Development” pada 5 Mac 2025 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Utama SoIS.

Bengkel ini menampilkan Prof. Madya Ts. Dr. Izwan Nizal Mohd Shaharane dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif sebagai penceramah yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan akademik SoIS mengenai penyelarasan aktiviti pengajaran, penilaian, dan pembangunan rubrik selaras dengan peraturan terkini yang ditetapkan oleh pihak Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dekan SoIS, Prof. Madya Dr. Nazariah Osman berkata, bengkel ini dapat membantu memantapkan kefahaman semua pensyarah SoIS berkaitan tata cara terkini seterusnya memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesi A242 berjalan lancar.

Seramai 30 pensyarah dari SoIS telah menyertai bengkel ini, menunjukkan komitmen mereka terhadap peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. – Rosmiza Ahmad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button