Campus

STEM Camp MOSTI – Kem Intelektual Muda STEM

SINTOK, 13 November 2024: Kem Intelektual Muda STEM di bawah program Kesedaran dan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), SciTech4U – STEM Camp MOSTI 2024 telah diadakan oleh kumpulan perunding dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), baru-baru ini.

Program ini berjaya menghimpunkan 100 pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman (SMKBBD), Jitra bersama 10 guru STEM.

Ketua program, Prof. Madya Dr. Nor Aishah Ahad berkata, program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap bidang STEM serta memperkukuhkan pembudayaan STI di Malaysia.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MOSTI sebagai penaja program ini serta rakan kerjasama stategik iaitu Tenaga Nasional Berhad, National STEM Association serta PIBG SMKBBD di atas kerjasama yang diberikan.

Katanya, peserta didedahkan dengan aktiviti STEM melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning), pembelajaran menyeronokkan (fun learning), dan aktiviti praktikal (hands-on) yang sesuai dengan tahap persekolahan mereka.

Kehadiran Profesor Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, Naib Canselor UUM meluangkan masa bergambar bersama delegasi SMKBBD di Anjung Tamu meninggalkan kenangan manis kepada peserta.

Peserta seterusnya menaiki bas mengelilingi kampus untuk melihat kampus UUM secara lebih dekat sebelum mengikuti program di bangunan SQS. 

Para peserta memberikan maklumbalas yang sangat positif dan mereka sangat teruja mengikuti program ini. Antaranya, peserta menyatakan

“Program ini sangat bermanfaat dan dapat mengembangkan minda”,

“Menarik minat kepada STEM”,

“Membina keyakinan diri dalam pembelajaran STEM”,

“Membantu dan mendorong serta memangkin kejayaan”.

Semoga usaha kecil yang dilakukan oleh kumpulan perunding SQS ini dapat mencetuskan minat peserta terhadap bidang STEM dalam memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan generasi muda serta menyumbang kepada pembangunan generasi masa depan yang lebih celik sains dan teknologi. – Prof Madya Dr. Nor Aishah Ahad

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button