Mahasiswa anjur program Delivery Partnership
SINTOK, 19 Januari 2025: Mahasiswa Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) UUM STML, menganjurkan program Delivery Partnership bersama pelajar Universiti Teknologi MARA Arau, Perlis dan kerjasama iBOX Logistics dari, Senai, Johor Bahru.
Seramai 55 pelajar yang terdiri daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan fakulti lain teruja dengan program yang memberi manfaat serta membuka peluang untuk berinteraksi dengan penceramah.
Pengarah program, Nur Fatin Farzana berkata, objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya pelajar dalam bidang logistik pada masa yang sama menggalakkan mereka menjana pendapatan sendiri dengan melakukan kerja gig pada masa lapang.
Jelasnya, Program ini menambah baik cara pelajar menguruskan masa lapang sambil menjana pendapatan dan mendedahkan masyarakat dengan perkembangan logistik industri di Malaysia.
Ujarnya, projek ini di bawah BJTLK3023 Pengangkutan dan Masyarakat yang diajar oleh Dr Izatul Husna Zakaria untuk memenuhi elemen pengajaran kemahiran insaniah iaitu keusahawanan dengan melakukan pekerja gig di bawah industri logistik.
“Kami bertuah kerana mempunyai penceramah yang pakar dalam bidang logistik dan bersedia membantu serta berkongsi pengetahuan mereka.
“Ahli kumpulan begitu komited dan berjaya menguruskan tugasan untuk memastikan kelancaran program,” ujarnya.
Beliau berharap program ini akan menjadi satu inisiatif untuk kerjasama masa hadapan dalam bidang Logistik antara pelajar.