Education

Pensyarah SLCP jalan tanggungjawab sosial kepada warga SK Seri Inas, Baling

Gambar JK Jaringan Industri dan Masyarakat, SLCP

BALING, 14 Januari 2025: Menjaga kesejahteraan mental dan emosi dalam kalangan murid sekolah mengikut arus perubahan teknologi masa kini menjadi keutamaan kini sebagai motivasi kecemerlangan mereka.

Sehubungan itu, pensyarah dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Syahrina Abdullah telah dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan aspek psikososial dan kesejahteraan mental murid di sekolah tersebut.

Ceramah tersebut telah disampaikan kepada 220 murid Sekolah Kebangsaan Seri Inas, Kuala Ketil di mana ceramah ini tertumpu kepada

Program tersebut dikendalikan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling di mana guru kaunseling, Nor Sumayyah Mat Juki berkata, program tersebut merupakan program anjuran sekolah dalam memotivasikan murid untuk cemerlang dalam pelajaran dan membantu murid agar lebih cakna kepada perubahan teknologi masa kini.

Dalam sesi tersebut, Syahrina menekankan tentang arus perubahan teknologi yang sangat pesat mungkin menyumbang kepada kesejahteraan mental dan emosi murid.

Perubahan teknologi ini sangat penting kepada semua murid sama ada berada di bandar atau di luar bandar dalam dunia akademik, ko-kurikulum mahupun sahsiah diri. Namun, murid haruslah mendisiplinkan diri ketika menggunakan teknologi dan cakna kepada batasan penggunaan teknologi dalam membentuk karakter dan kesejahteraan mental murid serta bagaimana aktiviti ini dapat membantu membina pemikiran positif dalam membentuk Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI) yang seimbang.

Pengetahuan dan kesedaran mengenai isu-isu psikososial juga diberikan perhatian khusus bagi meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan murid.

Ceramah tersebut diharapkan dapat memberi nilai tambah dan kesedaran kepada murid tentang pentingnya mereka membuat pilihan yang bijak ketika menggunakan teknologi digital dan media sosial hari ini.

Dalam sesi ini, penceramah turut memberi sokongan dan pembangunan emosi kepada murid dalam mendukung kesejahteraan mental dan emosi walau di mana mereka berada.

Sesi ini diakhiri dengan perbincangan dan sesi soal jawab, di mana murid berpeluang untuk membuat aktiviti peningkatan motivasi diri serta berkongsi kaedah spiritual dalam menangani emosi yang tidak stabil. – Mohd Fadhli Mohd Diah

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button