Sports

UUM peroleh pingat perak pertama menerusi acara petanque

Gambar Pusat Sukan UUM

TERENGGANU, 10 Ogos 2026: Akauntan di Jabatan Bendahari, Nursyafiqah Zakaria telah mengharumkan nama Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila meraih pingat perak dalam acara petanque individu wanita di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM).

Laluan Syafiqah ke pentas akhir tidak mudah, beliau telah menewaskan atlet kebangsaan dari USM dalam peringkat suku akhir dengan mata 13-4.

Pingat perak tersebut diraih beliau selepas bersaing sengit dengan Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali dari UiTM yang merupakan atlet kebangsaan.

Pencapaian ini jelas membuktikan kebolehan dan semangat juang tinggi yang ditampilkan oleh wakil UUM di peringkat universiti awam.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed mengucapkan tahniah dan menyatakan kejayaan beliau menjadi kebanggaan warga UUM dan melambangkan komitmen universiti dalam melahirkan staf yang cemerlang bukan sahaja dalam perkhidmatan, malah dalam bidang sukan, di samping membudayakan gaya hidup sihat.

Pihak sekretariat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor serta Timbalan Pendaftar, Mohd Zulkifli Mohd Noor yang menjalankan fungsi Pendaftar merangkap Ketua Kontinjen UUM atas sokongan, dorongan dan kepimpinan yang diberikan sepanjang kejohanan berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada Nursyafiqah atas kejayaan cemerlang ini. – Kori Ariff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button