Uncategorized

Majlis amanat Pengarah Pusat Zakat dan Wakaf, uum serta serah dan terima tugas Timbalan Pengarah berlangsung dengan jayanya

Gambar oleh Nur Syahirah Sahabudin

SINTOK, 31 Mac 2026: Pusat Zakat dan Wakaf (PZW), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Majlis Amanat Pengarah serta Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Pengarah. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, Aras 3, Bangunan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan pengurusan serta seluruh warga PZW. Acara dimulakan dengan ucapan amanat oleh Pengarah PZW, Dr. Mohamad Zulkurnai bin Ghazali.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan komitmen, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab.

Beliau turut menasihatkan agar semua staf terus berusaha meningkatkan kualiti kerja serta memperkukuh budaya kerja cemerlang.

“Usaha berterusan ini amat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan PZW sentiasa berada pada tahap terbaik dan memberi impak positif kepada pihak berkepentingan,” katanya.

Majlis turut menyaksikan sesi serah dan terima tugas jawatan Timbalan Pengarah PZW yang berlangsung dengan lancar sebagai simbolik pertukaran tanggungjawab serta kesinambungan kepimpinan dalam organisasi.

Proses ini mencerminkan komitmen berterusan PZW dalam memastikan tadbir urus yang cekap dan berkesan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan, sekali gus menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkukuh kecemerlangan PZW. – Hasniza Norsazali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button