Campus

Mahasiswa baharu tonjol bakat dan kreativiti

SINTOK – Malam Apresiasi Seni Suaikenal 2024 yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Sham menyerlahkan bakat dan kreativiti mahasiswa baharu Universiti Utara Malaysia (UUM).

Membuka tirai majlis, tayangan video muzik Minggu Suai Kenal (MSK) A241 dan persembahan tarian Bidasari diiringi tepukan dan sorakan gemuruh.

Pentas terus digegarkan dengan rangkaian persembahan menarik dari Inasis antaranya SME, Mualamat, Tradewinds, Bank Rakyat Proton Mas, YAB, TM, MISC, BSN dan Bank Islam.

Tidak ketinggalan juga pelajar antarabangsa yang nyata teruja dengan kesenian dan kebudayaaan yang dipaparkan selain turut sama membuat persembahan yang menghiburkan.

Menambah seri majlis, kehadiran Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan pegawai universiti yang turut memberi sokongan.

Pelbagai anugerah disampaikan antaranya anugerah kumpulan paling berintegriti, anugerah persembahan paling mantap, anugerah kumpulan paling kreatif, anugerah penyertaan paling ramai, anugerah persembahan paling berinovasi, dan anugerah persembahan paling menghiburkan dan anugerah kumpulan paling versatile.

Pengarah Pusat Budaya dan Seni (PBS),  Dr Mohd Azhar Abu Bakar berkata,  Malam Apresiasi Seni Suaikenal 2024 bagi mengenalpasti mahasiswa yang berbakat untuk digilap sebagai pelapis budaya di samping menjadi pemangkin kepada mahasiswa untuk bergerak aktif dalam bidang kebudayaan.

“Ia menjadi medan perkongsian bakat dan kemahiran mahasiswa baru yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam menghasilkan persembahan kebudayaan yang menarik selain menjana pemikiran mahasiswa menjadi lebih kreatif, inovatif dan produktif dalam melahirkan karya dan idea persembahan yang berkualiti.

“Usaha ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan seni di kalangan generasi muda khususnya mahasiswa dan memperkasakan bakat muda negara dalam pelbagai lapangan dan menyuntik elemen kepimpinan dan keserakanan gerak kerja berkumpulan kepada bakal pemimpin muda,” ujarnya.

Malam Apresiasi Seni Suaikenal 2024 yang dianjurkan oleh MSK bersama Pusat Budaya Dan Seni menerapkan nilai kecintaan kepada seni warisan bangsa dan merakyatkan kesenian negara kepada generasi muda dalam bentuk bimbingan dan pementasan seni.

Beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan MASS 2024 dan kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung untuk memastikan program berjalan lancar.

Sementara itu, Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Acara, Aidil Azli berkata, MASS 2024 menyaksikan persembahan pelajar yang mewakili inasis masing-masing untuk mencari bakat baharu.

“UUM amat menghargai bakat pelajar baharu dalam bidang kebudayaan dan kesenian menerusi rangkaian persembahan menghiburkan hasil sentuhan kreativiti,” kongsinya.

Aidil menyambut baik  program yang berupaya meningkatkan kemahiran diri dan kredibiliti pelajar baharu untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Selamat berjaya dan meneruskan kecemerlangan kepada semua pelajar baharu di Universiti Utara Malaysia demi mengejar impian dan cita-cita di samping tonjolkan bakat  dengan menyertai pelbagai aktiviti sepanjang pengajian di sini serta menerokai kehijauan uum bagi mengenali lebih banyak tempat menarik serta,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button