Education

Lawatan ilmiah delegasi Universitas Syiah Kuala, Indonesia

SINTOK, 6 November 2024 – Lawatan Ilmiah Delegasi Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia dianjurkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan dengan penglibatan pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universitas Syiah Kuala (USK).

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Pusat Pengajian Pendidikan UUM, Prof. Madya Dr. Mardzelah Makhsin berkata,  lawatan ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuh hubungan akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.

“Lawatan ini membuka peluang di antara kedua-dua universiti bagi melakukan perbincangan berkaitan kolaborasi penyelidikan, kerjasama akademik serta inisiatif pendidikan antara kedua-dua pihak ini.

“Perbincangan antara pensyarah UUM dan USK telah menghasilkan pelan tindakan yang memberikan manfaat dan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua universiti,” katanya.

Antaranya mengadakan Penulisan Antologi Puisi dan Pertandingan Puisi Nusantara, Seminar Antarabangsa Bulan Bahasa dan Projek Khidmat Masyarakat  di Kampung Acheh, Yan Kedah yang lebih tertumpu ke arah pengajaran dan pembelajaran agama, taranum, kulinari dan tarian.

Perbincangan pelan tindakan dan kerjasama antara kedua-dua universiti ini akan membuka peluang yang lebih luas untuk bertukar pandangan dalam pelbagai aspek. Malah, perkara ini dapat dijadikan sebuah inisiatif yang baik untuk meneruskan hubungan baik antara kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Oleh itu, perkara yang dibincangkan turut dapat memberikan peluang kepada kedua-dua universiti untuk memahami budaya akademik yang diamalkan oleh para pensyarah dan pelajar di UUM dan USK.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button