UUM – FAMA jalin kerjasama strategik
KUALA LUMPUR, 19 November 2024 – Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) dan Pusat Jaringan Universiti-Industri (CUIC) mengadakan mesyuarat penyelarasan kerjasama.
pertemuan ini susulan daripada kunjungan hormat Bahagian Pembangunan Modal Insan FAMA ke Pusat Pengajian Sains Kuantitatif Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan cadangan kerjasama sinergi dalam penyelidikan bersama pihak FAMA berkaitan potensi teknologi IOT dalam produk tempatan ke pasaran global.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Faisal Iswardi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA disertai staf UUM antaranya Prof. Dr. Chandrakantan a/l Subramaniam, Pengarah CUIC, Prof Madya Dr Nerda Zura Zaibidi, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, dan Prof Madya Dr Rosshairy Abdul Rahman, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif.
Mesyuarat ini juga turut membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan akademik, konsultasi dan program latihan.
Hasil inisiatif ini adalah ke arah untuk memeterai Surat Perjanjian Menjalinkan Kerjasama (LoI) antara UUM dan FAMA sebagai permulaan.
Mesyuarat ini diharapkan dapat memperluas skop pemasaran dan memupuk kerjasama antarabangsa melalui komitmen bersama untuk menyokong industri agro-makanan Malaysia.