Campus

Lima dasar utama lonjak kecemerlangan universiti

SINTOK, 16 Januari 2025: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan menggariskan lima dasar utama UUM 2025 dalam melonjakkan kecemerlangan universiti seiring dengan pembentangan Menteri Pendidikan Tinggi.

Antaranya, Dasar Pengurusan Pendidikan & Penyelidikan, Dasar Infrastuktur dan Infostruktur, Dasar Pengurusan dan Pemampanan Kewangan, Dasar Pengantarabangsaan, dan Dasar Pengurusan Komuniti.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan Berkata, menerusi Dasar Pengurusan Komuniti, UUM melancarkan Projek Transformasi Changloon di Cmart, Changlun. UUM memainkan peranan penting dalam menjadikan Changlun sebagai sebuah model pembangunan yang progresif.

“Ramai kakitangan UUM yang menetap di Changlun, dan saya melihat potensi besar di mana bandar ini suatu hari nanti akan berkembang pesat, sama seperti bandar universiti ternama lain di dunia. seperti bandar Oxford, yang berkembang pesat berkat kewujudan Universiti Oxford, atau Bandar Baru Bangi yang mengalami pembangunan pesat kerana kehadiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Manakala Dasar Infrastuktur dan Infostruktur pula memberi peruntukan bajet RMK-12 sebanyak RM132.2 juta (2025) dan penggantian infa/info usang.

“Bercakap mengenai infrastruktur dan infostruktur, kita sebenarnya bercakap mengenai UUM Smart Campus Roadmap yang bermula sejak tahun 2022, iaitu sebuah pelan strategik yang bertujuan untuk menjadikan kampus ini sebagai kampus digital, pintar, dan akhirnya kampus yang benar-benar bijak pada tahun 2030.

“Dari segi pembangunan infrastruktur di bawah JPPI untuk tahun 2025 ini, peruntukan RMK-12 dalam RP5, sebanyak 100 juta ringgit akan digunakan untuk projek pembangunan infrastuktur merangkumi 5 projek baharu. Tiga Flagship Program yang telah dirancang adalah Taman Siswa, Projek Solar dan Pengurusan T-VET,” ucapnya pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Dan Perhimpunan Bulanan Staf, di Auditorium SOIS, pagi tadi.

Dalam Dasar Pengurusan & Pemantapan Kewangan UUM perlu menjana lebih banyak sumber dalaman. Tahun 2025 sangat penting kerana untuk peruntukan tahun 2026, Kementerian Pendidikan Tinggi akan menggunakan kaedah pendanaan baru berdasarkan formula kos per student dan lapan KPI yang perlu UUM capai.

“Menerusi Dasar Pengantarabangsaan UUM terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dan memperluaskan pencapaian akreditasi bertaraf dunia.

“Usaha ini melibatkan penambahan pelajar antarabangsa serta penambahan pelajar mobiliti antarabangsa dan mensasarkan 3,000 enrolmen pelajar antarabangsa selain melaksanakan Program Offshore: Indonesia melalui kerjasama dengan UKM, USIM, UMK dan SUNWAY University,” katanya.

Menurutnya, Dasar Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan membuka laluan ‘four track’ kerjaya pensyarah, pengukuhan dana penyelidikan dan TVET Pengurusan yang boleh mendokong agenda negara dan penjanaan kewangan kepada universiti.

“Untuk melahirkan graduan celik AI, kita sedang mempertimbang untuk memperkenalkan kursus AI sebagai subjek wajib untuk semua pelajar UUM melalui kursus bersifat umum seperti Introduction to AI for All Disciplines, yang fokus kepada Pengenalan AI secara asas dan kesan serta aplikasi AI dalam pelbagai bidang,” ujarnya.

Beliau menyeru warga UUM berganding bahu, menyulam semangat dan iltizam, demi melonjakkan Universiti Utara Malaysia ke puncak kecemerlangan, menjadikan tahun 2025 sebagai lembaran yang penuh produktiviti dan berprestasi tinggi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button