Campus

Lawatan Delegasi UINSU ke Pusat Pengajian Pengkomputeran

Sintok, 23 Januari 2025: Pusat Pengajian Pengkomputeran (School of Computing, SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU). Program ini telah diadakan di EDC UUM dan bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama akademik serta meningkatkan usaha penerbitan bersama antara kedua-dua institusi.

Delegasi dari UINSU terdiri daripada Dr. Nurhanifah, M.A, Ilka Zufria, M.Kom, Suendri, M.Kom, dan Zakiah Lubis, yang merupakan Penolong Pendaftar di UINSU.

Kolaborasi antara Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) UUM dan UINSU ini menjadi platform yang berkesan untuk mengeratkan hubungan kedua-dua institusi. Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti akademik serta meneroka peluang kerjasama dalam penyelidikan dan penerbitan pada masa hadapan.

Sepanjang program, para peserta berkongsi idea dan strategi untuk meningkatkan sumbangan akademik masing-masing.

Perbincangan turut melibatkan Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Prof. Dr. Osman Ghazali, bersama Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, Prof. Madya Dr. Norliza Katuk, serta barisan pensyarah SOC.

Pasukan UUM menyatakan komitmen tinggi dan semangat untuk memperkukuh kerjasama akademik dalam mencapai matlamat bersama antara kedua-dua institusi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button