Campus

Pengukuhan Pengetahuan Program Standard dan Persediaan ODL di UUM

SINTOK, 23 Januari 2025: Pusat Swaakreditasi UUM telah menganjurkan sesi perkongsian yang bertujuan untuk memperkukuhkan penguasaan Program Standard dan memberi pendedahan tentang persediaan dalam pelaksanaan Program Open and Distance Learning (ODL) di UUM.

Sesi ini dihadiri oleh lebih 80 peserta yang terdiri daripada Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Pengerusi serta Penyelaras Program Akademik di UUM.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh dua penceramah berpengalaman dalam bidang akreditasi dan kualiti program akademik.

Prof. Madya Dr. Zulkiflee Daud, Pengarah Pusat Swaakreditasi UUM, telah memberikan penerangan mendalam mengenai Program Standard dan kepentingannya dalam pengurusan program akademik di peringkat universiti.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Irwan Mahazir Ismail, Timbalan Pengarah Pusat Swaakreditasi UUM, berkongsi panduan mengenai persediaan dan pembangunan Program ODL yang berkualiti.

Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk memperdalam pemahaman mereka tentang Program Standard, serta bagaimana langkah-langkah yang tepat dapat diambil untuk memastikan kualiti pendidikan tinggi yang ditawarkan kepada pelajar sentiasa terjaga, relevan, dan selaras dengan perkembangan pendidikan global.

Pemerkasaan pemahaman ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti akademik dan memastikan program-program yang ditawarkan di UUM memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh badan pengiktiraf dan keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button