Education

UUM universiti pertama pilihan CEO Takaful Ikhlas untuk jalin kerjasama 

Gambar Muhamad Syamsul Akmal Mohd Nasir

SINTOK, 24 Februari 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan rasmi daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Takaful Ikhlas Family Berhad, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi.

Lawatan ini merupakan yang pertama dilakukan oleh Wan Ahmad Najib sejak beliau dilantik sebagai CEO pada Januari 2025. 

Pertemuan yang berlangsung di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM itu turut dihadiri oleh Dekan IBS, prof. madya Dr. Selamah Maamor dan pengurusan IBS UUM.

Turut serta, Mufti Pahang, Prof. Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim; Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Dr. Fikriyah Abdullah serta Pengurus Risiko dan Kesinambungan Perkhidmatan, Dr. Zairol Azhar Auzzir.

Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan peluang kerjasama yang berpotensi antara UUM dan Takaful Ikhlas, terutamanya dalam penganjuran program-program ceramah, latihan, dan kempen kesedaran mengenai takaful.

Program-program ini dijangka memberi manfaat kepada pelajar, staf, dan alumni UUM, dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kesedaran mengenai perlindungan takaful. 

Wan Ahmad Najib berkata, kerjasama ini adalah langkah penting dalam memastikan setiap individu dilindungi dengan baik melalui takaful, terutamanya dalam kalangan komuniti akademik UUM.

Menurutnya, pihaknya berharap kerjasama ini dapat memberi impak positif kepada semua yang terlibat.

UUM dilihat sebagai universiti pertama yang menerima lawatan tersebut, menandakan hubungan yang semakin erat antara institusi pengajian tinggi dengan sektor industri dalam usaha memperkukuhkan aspek kesejahteraan kewangan komuniti akademik. 

Dengan kerjasama ini, diharap dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar dan staf UUM untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai konsep takaful serta kepentingannya dalam kehidupan seharian. – Dr. Mohamad Yazid Isa

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button