Education

Ujian Rintis English Placement Test (EPT)  

Thailand, 27 Februari 2025: Professional Development Unit (PDU), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), UUM  telah mengadakan lawatan ke Selatan Thailand bagi menjalankan ujian rintis English Placement Test (EPT).

Ujian ini bertujuan menilai tahap kemahiran Bahasa Inggeris pelajar prakedatangan (pre-arrival) yang berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengujian rintis ini dijalankan secara bersemuka di sekolah-sekolah terpilih di Pattani, melibatkan 40 pelajar dan dikendalikan oleh Dr. Noor Asbahan Shahizan dan   Norzanita Othman.

Data yang dikumpul akan digunakan untuk mengesahkan ujian agar selaras dengan Common European Framework of Reference (CEFR).EPT diperkenalkan sebagai alternatif yang lebih mampu milik berbanding ujian komersial seperti IELTS dan TOEFL, serta digunakan untuk menempatkan pelajar dalam tahap English Preparatory Course (EPC), yang sesuai.

Selain itu, lawatan ini turut memperkenalkan EPC, kursus persediaan yang bertujuan membantu pelajar meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris sebelum memulakan pengajian di UUM.

Selain menyokong usaha pengantarabangsaan UUM, lawatan ini turut mengukuhkan hubungan strategik dengan institusi pendidikan di Selatan Thailand, membuka peluang kerjasama akademik yang lebih luas serta memperkukuh kedudukan UUM sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button