Education

Jejak Ramadan UUM bantu pelajar B40 di Kuala Nerang

Gambar oleh:  Mohd Fuad Hamid 

KUALA NERANG, 17 Mac 2025 – Program Jejak Ramadan UUM terus memperkukuh peranannya dalam membantu golongan yang memerlukan apabila sumbangan disampaikan dalam satu majlis di Masjid Kampung Padang Setol, Mukim Pedu, di sini.

Program ini merupakan sebahagian daripada Advokasi Kepenggunaan Madani Sempena Hari Pengguna Sedunia 2025, yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah.

Ia turut mendapat kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial universiti.

Majlis sumbangan tersebut disempurnakan Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang juga Pengerusi Yayasan Kemiskinan Darul Aman, dengan kehadiran Pengarah KPDN Negeri Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin serta pegawai agensi berkaitan.

Seramai 24 pelajar UUM yang layak menerima bantuan daripada Projek Jejak Ramadan UUM yang bertujuan untuk membantu mahasiswa sepanjang bulan Ramadan.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, Program Jejak Ramadan UUM sebelum ini sudah menjelajah beberapa kawasan di Kedah termasuk Sik untuk memberi sumbangan kepada pelajar UUM dari keluarga B40.

“UUM sangat prihatin dengan Pelajar terutamanya dalam kumpulan keluarga B40 dan pelbagai insentif telah diberikan.

“Kita mengharapkan pelajar UUM di sekitar Kedah termasuk di Kuala Nerang dapat bersama-sama melaksanakan puasa bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri dengan ceria,” katanya pada program yang turut disertai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ahmad Marthada Mohamed.

Majlis Perwakilan Pelajar UUM (MPP UUM) membantu menjayakan majlis berkenaan selain turut mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar Kuala Nerang sebagai salah satu usaha merapatkan hubungan antara universiti dan komuniti. – MPP UUM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button