Campus

Kemeriahan berbuka puasa di Masjid Sultan Badlishah  

SINTOK, 17 Mac 2025 – Kemeriahan berbuka puasa di Masjid Sultan Badlishah UUM menarik minat 300 pelajar tempatan mahupun antarabangsa untuk menikmati juadah yang disediakan.

Pengarah Pusat Islam, Mohd Yusnaidi Mohd Sabri berkata, program berbuka puasa ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan staf Pusat Islam.

“Sudah menjadi tradisi Pusat Islam UUM menyediakan juadah Berbuka Puasa Harian sepanjang Ramadan 1446H/2025 kepada warga UUM khususnya pelajar.

“Pusat Islam telah menyediakan dua ruang utama untuk jemaah lelaki dan wanita. Selepas berbuka, mereka menunaikan sembahyang Maghrib, Isyak seterusnya Tarawih bersama,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga kampus terutamanya membantu menyumbang kepada Dana Ihya’ Ramadan setiap tahun.

Dana ini amat diperlukan bagi menampung segala aktiviti sepanjang Ramadan terutamya sumbangan untuk berbuka puasa setiap hari yang memerlukan dana sekurang-kurangnya RM3,000.00 setiap hari.

Sementara itu, Pelajar Asasi Pengurusan  menzahirkan rasa berbesar hati dapat berbuka puasa di masjid sekali gus bagi mengelak diri daripada bersedih merindui keluarga yang jauh di mata.

“Di sini kami dapat berbuka puasa secara bersama-sama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Terima kasih kepada Pusat Islam atas inisiatif menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari,” ujarnya. – Dakina Zakaria

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button