Campus

GitHub bimbing pelajar jadi profesional

SINTOK, 24 April 2025: Bengkel Khas GitHub sempena Karnival School of Computing (KASOC) telah diadakan di Dewan Seminar, UUM College of Arts and Sciences (CAS) baru-baru ini.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pensyarah SOC, Ahmad Hanis Mohd Shabli, yang berkongsi kepakaran dalam penggunaan GitHub sebagai platform pengurusan kod sumber dan kolaborasi projek secara profesional.

Sesi ini memberi pendedahan langsung kepada para pelajar mengenai asas penggunaan Git, pengurusan repositori, serta amalan terbaik dalam kerja berpasukan melalui platform GitHub—kemahiran penting dalam dunia pembangunan perisian hari ini.

Peserta, Muhammad Hafeez Ilias berkata  bengkel ini  membuka mata, terutama bagi mereka yang baru mengenali GitHub.

“Ia bukan sekadar platform simpanan kod, tapi alat penting untuk kerjasama dalam projek sebenar.

“Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen SOC dan KASOC 2025 dalam mempersiapkan pelajar bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi juga dari segi kemahiran industri yang terkini dan relevan,” ujarnya. – Noor Aina Norrdin

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button