Education

Bengkel Halatuju UUM CAS 2025

PULAU PINANG, 30 April 2025: Universiti Utara Malaysia College of Arts and Sciences (UUM CAS) telah menganjurkan Bengkel Halatuju UUM CAS 2025 selama tiga hari bagi merangka halatuju dan strategi pembangunan Pusat Pengajian dan jabatan di bawah UUM CAS.

Bengkel  tiga hari ini dihadiri oleh lebih 45 peserta yang dibahagikan mengikut kumpulan Dekan, Timbalan Dekan dan Pegawai Tadbir Pusat Pengajian di bawah UUM CAS.

Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Osman Ghazali menekankan pentingnya kesepaduan dan kerjasama antara pusat pengajian supaya UUM CAS lebih berdaya saing di semua peringkat.

Menariknya pada bengkel ini adalah team Dekan dilihat begitu komited dan sentiasa menjadi jurutunjuk bagi mencapai matlamat dan hala tuju bengkel.

Beberapa strategi telah digariskan untuk aspek penjanaan kewangan, program promosi, signature events dan pembangunan bakat.

Gabungan kumpulan Timbalan Dekan telah mencadangkan beberapa saranan seperti mengadakan perkongsian rentas agensi dengan penyelarasan di peringkat UUM CAS untuk projek komuniti, penganjuran minggu menulis ketika cuti semester bagi meningkatkan penerbitan dalam jurnal berindeks (Scopus/WoS), meluaskan rangkaian kerjasama dan Academic Peers bagi menaikkan imej UUM serta menambah program pensijilan profesional sebagai sokongan kebolehpasaran graduan.

Kumpulan pentadbir pula diharapkan dapat menambahkan pelbagai kemahiran terutamanya dalam aspek dan pengetahuan digital bagi menyokong strategi promosi dan pemasaran program pengajian pusat pengajian. – Muhamad Nazir Hamzah

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button