Education

SEFB teroka peluang program pesisir bersama Etiqa Takaful

Berita dan gambar Dr. Amar Yasier Razli

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2025: Delegasi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri, telah mengadakan lawatan strategik ke ibu pejabat Etiqa Takaful pada 6 Mei lalu.

Kehadiran wakil UUM disambut mesra oleh pengurusan kanan Etiqa Takaful yang diketuai oleh Pengarah Human Capital, Group Insurance and Takaful, Rozima Yahya; Pengarah Human Capital, ELIB & EGIB, Dr. Mohd Mursyiddin Abdul Manaf, serta Ketua Talent Branding & Capability, Azimy Wan Ahmad.

Dr. Bakti berkata, tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan penawaran program Sarjana Sains Pengurusan Risiko (MSc Risk Management) khusus kepada warga kerja syarikat tersebut.

Menurutnya, kerjasama ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pembangunan bakat dalam sektor kewangan dan takaful, malah memperkukuh ekosistem akademik-industri yang memerlukan satu sama lain.

Lawatan ini mencerminkan komitmen SEFB untuk membina kerjasama yang lebih strategik dengan pihak industri, sekali gus membuka ruang kepada penawaran program akademik yang memenuhi keperluan semasa industri.

Selain membincangkan penawaran program MSc Risk Management, kedua-dua pihak turut mengambil kesempatan ini untuk meneroka peluang kerjasama lain, termasuk penganjuran program bersama antara SEFB dan Etiqa Takaful yang bakal memanfaatkan pelajar dan warga UUM.

Turut bersama dalam sesi pertemuan ini ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) SEFB, Dr. Diara Md Jadi, serta Pengarah Institut Pengurusan Risiko UUM (UUM-IRM), Dr. Amar Yasier Razli.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button