Education

GenSTEM: Menyemai Bakat STEM STI 100³ perkukuh pemahaman pelajar dalam matematik

Gambar SQS

FELDA CHUPING, 19 Jun 2025: Seramai 64 pelajar Tahun 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chuping telah menyertai program GenSTEM: Menyemai Bakat STEM STI 100³ yang diadakan dengan objektif untuk memperkenalkan dan memperkukuh pemahaman pelajar terhadap konsep kebolehjadian dalam matematik.

Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Prof. Madya Dr. Syariza Abdul Rahman berkata, aktiviti utama program ini adalah “Golek-golek Dadu”, satu pendekatan pembelajaran berasaskan permainan yang menyeronokkan dan interaktif.

Menurutnya, melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan kepada konsep kebolehjadian secara praktikal menggunakan dadu dalam suasana yang menyeronokkan dan mudah difahami, selain menggalakkan pemikiran logik dan analitikal dalam kalangan pelajar.

Beliau turut menekankan kepentingan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam membina generasi masa depan yang berdaya saing dan berpengetahuan tinggi.

Program ini turut disertai oleh empat orang guru pengiring dari SK Felda Chuping yang memberi sokongan kepada peserta sepanjang program berlangsung termasuk 10 fasilitator yang terdiri daripada pelajar SQS yang membantu memastikan kelancaran aktiviti.

Majlis penutup program telah dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar SK Felda Chuping, Zuel Azwar Desa yang merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif memperkenalkan pendekatan pembelajaran STEM yang kreatif kepada murid-murid.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh minat dan literasi STEM dalam kalangan pelajar sekolah rendah, sejajar dengan aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai bakat muda dalam bidang STEM. – Mohd Saiful Adli Mohamad

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button