Education

Pemurnian prosedur kualiti pascasiswazah diperkemas melalui bengkel intensif tiga hari  

PULAU PINANG, 25 Jun 2025: Bahagian Pengurusan Kualiti, Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) dengan kerjasama Pusat Pengajian Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) dan Pusat Pengajian Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS)  menganjurkan Bengkel Pemurnian Prosedur Kualiti (QP) Pascasiswazah di Bahang Bay Hotel selama tiga hari.

Bengkel ini melibatkan seramai 20 orang staf yang bertanggungjawab dalam menguruskan proses kerja pascasiswazah dari kemasukan pelajar sehingga proses tamat pengajian.

Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Pembentukan Prosedur Kualiti Pascasiswazah yang telah diadakan pada awal tahun di Hompton by the Beach, Penang.

Fokus utama bengkel kali ini adalah memperkemas dan memperhalusi prosedur kualiti sedia ada agar lebih seragam, praktikal dan selari dengan keperluan pengurusan pascasiswazah yang sentiasa berkembang.

Bengkel ini dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti, Prof. Madya Dr. Ku Maisurah Ku Bahador. Terdapat 8 prosedur kualiti pascasiswazah yang telah dimurnikan semasa bengkel tersebut.

Menurut Pengarah PPQA, Prof. Dr. Mohd Haniff Jedin, kesemua prosedur kualiti pascasiswazah yang telah dimurnikan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kualiti Universiti Kali Ke 27, 2025 yang akan diadakan pada bulan September nanti.

Semua staf yang terlibat dalam menguruskan proses kerja pascasiswazah perlu mengamalkan dan mempraktikan semua proses kerja tersebut mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Hadir sama semasa bengkel adalah Timbalan Pengarah Pusat Perancangan Dasar dan Kecemerlangan Akademik (CAEP),  Abd. Rahman Mohd Isa yang juga merupakan Timbalan Penyelaras bagi MS ISO 9001:2015 peringkat pascasiswazah. – Siti Hajar Mat Isa

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button