Education

Pelaburan patuh syariah tarik minat penghuni MASDAR untuk bijak melabur, bijak masa depan

Berita dan gambar Dr. Muhammad Abrar Bahaman

CHANGLUN, 3 Julai 2025: Seramai 57 pelajar Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin (MASDAR) telah menyertai program ilmiah bertajuk “Pelaburan Patuh Syariah – Membina Masa Depan Kewangan Remaja” yang dianjurkan oleh pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada remaja mengenai perancangan kewangan yang patuh Syariah, terutamanya dalam aspek pelaburan.

Penyelia program, Dr. Muhammad Abrar Bahaman berkata, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti sekolah, tetapi turut memperkasa pelajar UUM melalui pendekatan pembelajaran berasaskan perkhidmatan (SULAM).

“Melalui program ini, pelajar bukan sekadar menimba ilmu di dalam kelas, tetapi turut melibatkan diri secara aktif dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

“lni merupakan manifestasi peranan universiti sebagai agen perubahan sosial,” katanya.

Sesi ceramah interaktif, kuiz kewangan, permainan berkonsepkan kewangan dan aktiviti simulasi pelaburan turut dijalankan bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami.

Sementara itu, Pengetua MASDAR, Zamri Mat, menyambut balk penganjuran program ini dan menyifatkannya sebagai satu langkah proaktif dalam memperkasakan pelajar bukan sahaja dari aspek akademik, malah turut membina jati diri serta meningkatkan literasi kewangan

Dalam usaha memperkasa literasi kewangan dalam kalangan pelajar, IBS telah menjalinkan kolaborasi strategik bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi menjayakan program ini.

Kerjasama ini bukan sahaja bertujuan memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai pengurusan kewangan dan pelaburan, malah turut menyediakan peluang eksklusif kepada pelajar untuk mendaftar secara langsung di reruai Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang disediakan sepanjang program berlangsung.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button