Education

UUM diiktiraf sebagai rakan strategik International Green Build Conference (IGBC) 2025

Berita dan gambar Siti Nazirah Jaya

PETALING JAYA, 21 Ogos 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh peranannya dalam memacu agenda kelestarian apabila diiktiraf sebagai Rakan Strategik dalam penganjuran International Green Build Conference (IGBC) 2025, yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya.

International Green Build Conference (IGBC), sebuah persidangan berprestij yang menghimpunkan pakar-pakar industri pembinaan hijau, akademik, pembuat dasar dan pemain teknologi dari seluruh dunia.

UUM yang diwakili Pengarah, Pusat Kerjasama Universiti-Industri, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam, menyatakan bahawa pelajar UUM berpeluang untuk menyertai pertandingan idea kelestarian dalam industri pembinaan.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen UUM dalam menyokong agenda kelestarian dan pembangunan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Dasar Peralihan Tenaga Negara.

Melalui penglibatan strategik ini, UUM turut berkongsi kepakaran dalam bidang pengurusan lestari, inovasi hijau, dan tadbir urus alam sekitar.

Persidangan berprestij ini dianjurkan bersama oleh GreenRE dan REHDA Institute, dengan matlamat untuk memperkasa perbincangan dan kolaborasi global dalam sektor pembinaan hijau dan pembangunan mampan.

Antara tokoh terkemuka yang menganggotai jawatankuasa penganjur termasuk Datuk Seri FD Iskandar, Dato’ Jeffrey Ng, Tan Sri Eddy Chen, Datuk Muztaza Mohamad, dan Datuk Seri Dr. Michael KC Yam, yang masing-masing membawa kepakaran dan pengaruh besar dalam industri hartanah dan pembinaan negara.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan merakamkan penghargaan atas pengiktirafan ini dan menegaskan bahawa UUM akan terus meneroka ruang kolaborasi bagi menyumbang ke arah masa depan yang lebih hijau dan mampan beliau turut menegaskan bahawa UUM akan terus memainkan peranan aktif dalam agenda pembangunan mampan, selaras dengan visi universiti sebagai peneraju dalam pengurusan dan dasar pembangunan lestari.

“Penglibatan ini juga membuka peluang kepada penyelidik, pelajar dan alumni UUM untuk menyertai platform antarabangsa ini, sekali gus memperkukuh reputasi universiti sebagai hab ilmu yang relevan dan berimpak tinggi.

“Penglibatan UUM dalam IGBC 2025 mencerminkan komitmen universiti terhadap SDG dan Dasar Peralihan Tenaga Negara, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara akademia dan industri dalam membentuk masa depan yang lebih hijau dan inklusif,” katanya.

Selain itu, persidangan ini memanfaatkan pelajar kerana terdapat sesi libat urus dengan potensi majikan dalam sektor pembinaan seperti SP Setia, Sime Darby, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Sunway Property.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button