Education

SLCP laksanakan Program Prihatin Komuniti di Sik

Gambar Majlis Daerah Sik dan SLCP

SIK, 24 September 2024: Enam staf daripada Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah menyertai Program Prihatin Komuniti: Menyemai Kepedulian, Menyantuni Kehidupan dengan menyampaikan 50 kampit beras dan pakaian untuk masyarakat di daerah Sik.

Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Daerah Sik sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial universiti.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nizho Abdul Rahman yang hadir mewakili Dekan SLCP.

Beliau menyerahkan barangan sumbangan tersebut kepada Ketua Bahagian Sumber Manusia, Majlis Daerah Sik, Mohd Nazim Othman @ Ibrahim.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr. Mohd Nizho berkata, program ini melambangkan komitmen universiti dalam memupuk semangat kepedulian sosial serta mengukuhkan hubungan erat dengan agensi tempatan.

“Program sebegini bukan sahaja menyantuni keperluan komuniti, tetapi turut mendidik warga universiti agar sentiasa dekat dengan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nazim turut merakamkan penghargaan kepada pihak SLCP atas sumbangan yang diberikan, dan menekankan bahawa barangan tersebut akan disalurkan kepada penduduk setempat yang benar-benar memerlukan.

Penganjuran program ini selaras dengan usaha universiti untuk menanamkan nilai kemanusiaan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan staf dan pelajar, selain memperkukuh jaringan kerjasama dengan komuniti luar bandar. – Zeety Kartini Abdul Hamid

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button